Kemaskini terakhir: 1 Mei 2026
Dengan menggunakan CeriaTajwid, anda bersetuju untuk terikat dengan terma ini. Jika anda tidak bersetuju, sila jangan gunakan perkhidmatan kami.
CeriaTajwid adalah platform pembelajaran tajwid untuk semua peringkat umur. Ibu bapa/penjaga bertanggungjawab ke atas akaun dan aktiviti anak mereka di platform ini.
Semua pelan adalah tahunan dan dibayar di hadapan melalui FPX (Chip-In Asia). Langganan tidak akan diperbaharui secara automatik — anda perlu melanggan semula apabila tempoh berakhir.
Kami menawarkan jaminan wang dikembalikan dalam tempoh 7 hari untuk pembelian langganan kali pertama. Pembelian topup kredit AI adalah muktamad dan tidak boleh dikembalikan. Butiran penuh di halaman Dasar Bayaran Balik.
Setiap pelan mempunyai had bilangan peranti yang dibenarkan. Untuk menukar peranti, sila urus melalui halaman Tetapan.
Progress pembelajaran dan rakaman bacaan yang anda hasilkan kekal milik anda. Kami hanya simpan untuk tujuan menyediakan perkhidmatan.
Kami berhak menamatkan akaun yang menyalahgunakan platform. Anda boleh padam akaun anda pada bila-bila masa dengan menghubungi kami.
CeriaTajwid disediakan "sebagaimana adanya". Kami tidak menjamin perkhidmatan akan bebas ralat sepenuhnya, walaupun kami berusaha untuk kualiti yang tinggi.
Soalan? E-mel support@ceriatajwid.com